Thursday, August 21, 2008

Utusan

Sumpah: Pemuda PAS nafi cabar Anwar
Jimadie Shah Othman | Aug 21, 08 3:37pm
kemaskini 5:07pm Ketua Pemuda PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menafikan beliau mencabar calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat seperti laporan sebuah akhbar hari ini.

"Saya tidak ada cabar (Anwar bersumpah)," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia.

"Saya kata (kepada wartawan itu), terpulang kepada beliau (Anwar), itu hak beliau (untuk bersumpah atau sebaliknya).

"Tetapi perkara (bersumpah) itu tidak ada peruntukan syariah.

"Dalam kes ini, ada dua penyelesaian, pertama pengadu mesti mengemukakan saksi, dan kedua sama ada tertuduh itu mengaku.

"Oleh kerana Anwar tidak mengaku, penuduh perlu mengemukakan saksi," katanya.

No comments: